Obsesi..sesuatu yang hampir setiap insan pernah mengalaminya. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila ada pihak bertanya "Mengapa kau begitu minat(obses) dengan sesuatu itu?". Quyah sendiri tidak pernah terlepas daripada perkataan obsesi ini. Banyak perkara atau sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu obses dengan sesuatu, tetapi selalunya seseorang itu mempunyai terlalu banyak sebab untuk menjelaskannya sehingga lidah menjadi kelu dan otak menjadi buntu.
Obsesiku komputer/video games... Bermula daripada sekadar mengisi masa yang terluang ianya bertukar menjadi satu obsesi (I just can't live without it). Permainan ini sesungguhnya memudaratkan mata, namun Quyah memang tak boleh nak tinggalkannya, itulah yang digelar obsesi sesungguhnya. Bila balik dari exam mesti main game, bangun tidur mesti main game, abis makan mesti main game... its already part of my lifestyle. Permainan yang menjadi kegilaan antaranya The Sims 2, Theme Hospital, Bigfish Games, Fatal Frame, Ragnarok dan sbgnya.
Obsesiku "Pretty Boys".... 'Pretty boy ' atau dalam bahasa melayunya lelaki yang mempunyai wajah jambu. Lelaki yang berwajah begini memang menjadi obsesiku untuk dipandang (sekali lagi mungkin kerana minatku yang mendalam terhadap karakter dalam komik dan anime). Walaupun begitu baru-baru ini Quyah rasa perasaan obses ini telah beralih kepada orang sebenar (sebelum ini hanya memandang wajah karakter anime ha..ha..) terutamanya dari Korea yang kebannyakkannya mempunyai 'perfect jawline'. Namun, tidak dinafikan sesetengah lelaki Melayu yang bertuah turut mempunyai wajah sedemikian.
Final Fantasy Preety Boy
However, beauty lies on the eyes of the beholder so terpulanglah untuk setiap insan mempunyai obsesinya yang tersendiri terhadap wajah-wajah kurnian Allah s.w.t. di muka bumi ini yang penuh dengan keseniannya tersendiri.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan