Memaparkan catatan dengan label Obsesi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Obsesi. Papar semua catatan

Rabu, 28 Januari 2009

Obsesi Melampau

Ke hadapan Q-yah,

Obsesi..sesuatu yang hampir setiap insan pernah mengalaminya. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila ada pihak bertanya "Mengapa kau begitu minat(obses) dengan sesuatu itu?". Quyah sendiri tidak pernah terlepas daripada perkataan obsesi ini. Banyak perkara atau sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu obses dengan sesuatu, tetapi selalunya seseorang itu mempunyai terlalu banyak sebab untuk menjelaskannya sehingga lidah menjadi kelu dan otak menjadi buntu.


Beautiful Maidens

Obsesiku 'animation' dan 'fantasy pictures'... Animation yang dipelopori oleh negara Jepun merupakan obsesiku sejak dari kecil lagi. Bermula dengan membaca komik seperti Dragon Ball dan GS Mikami, ia bertukar kepada menonton anime seperti Gensomaiden Saiyuki dan Rave. Sesungguhnya jalan cerita yang menarik, watak yang berpewatakkan telah membuatkan ramai yang menjadi obeses dengannya (sehingga wujudnya gelaran "otaku" bagi pihak yang terlalu obses). Baru-baru ini wujudnya pihak yang mahu kerajaan Jepun mengiktiraf kehendaknya untuk menjadikan salah satu watak anime sebagai pengantinnya. "Fantasy pictures"(seperti di atas) mula menarik minatku baru-baru ini. Ia kelihatan hidup dan mempunyai cerita tersendiri di sebalik setiap luksan itu. Obsesi ini mungkin bertitik tolak daripada minatku yang mendalam tehadap animation pada awalnya.

Obsesiku komputer/video games... Bermula daripada sekadar mengisi masa yang terluang ianya bertukar menjadi satu obsesi (I just can't live without it). Permainan ini sesungguhnya memudaratkan mata, namun Quyah memang tak boleh nak tinggalkannya, itulah yang digelar obsesi sesungguhnya. Bila balik dari exam mesti main game, bangun tidur mesti main game, abis makan mesti main game... its already part of my lifestyle. Permainan yang menjadi kegilaan antaranya The Sims 2, Theme Hospital, Bigfish Games, Fatal Frame, Ragnarok dan sbgnya.

Obsesiku "Pretty Boys".... 'Pretty boy ' atau dalam bahasa melayunya lelaki yang mempunyai wajah jambu. Lelaki yang berwajah begini memang menjadi obsesiku untuk dipandang (sekali lagi mungkin kerana minatku yang mendalam terhadap karakter dalam komik dan anime). Walaupun begitu baru-baru ini Quyah rasa perasaan obses ini telah beralih kepada orang sebenar (sebelum ini hanya memandang wajah karakter anime ha..ha..) terutamanya dari Korea yang kebannyakkannya mempunyai 'perfect jawline'. Namun, tidak dinafikan sesetengah lelaki Melayu yang bertuah turut mempunyai wajah sedemikian.

Final Fantasy Preety Boy

However, beauty lies on the eyes of the beholder so terpulanglah untuk setiap insan mempunyai obsesinya yang tersendiri terhadap wajah-wajah kurnian Allah s.w.t. di muka bumi ini yang penuh dengan keseniannya tersendiri.


Korean Pretty Faces (TVXQ)
Untuk menceritakan semuanya memang terlampau banyak perkara yang menjadi satu obesesi kepada diri Quyah, ia mungkin bertahan dalam satu tempoh masa terhad atau buat selama-lamanya. Oleh itu, renungkanlah kembali sama ada sesuatu perkara itu merupakan satu obsesi dan pasti kita akan sedar banyak perkara menjadi obesesi kepada diri sejak kelahiran kita di muka bumi ini. Ho..ho.. kali ni penulisan Quyah lebih jiwang daripada biasa (saja nak try gaya penulisan baru hi..hi..). Maybe, next time Quyah tulis banyak lagi pasal other obsessions but for now thats all folks.